ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999
BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 1 AM
Seksyen 100. Keterangan hendaklah diambil secara lisan.
Tertakluk kepada Enakmen ini dan Enakmen Keterangan Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 [
En. 5.
], apa-apa fakta yang dikehendaki dibuktikan pada perbicaraan apa-apa prosiding melalui keterangan pihak-pihak atau saksi-saksi hendaklah dibuktikan dengan memeriksa pihak-pihak atau saksi-saksi itu secara lisan di Mahkamah terbuka.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.