ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN II - PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN PENUBUHAN MAJLIS



Seksyen 14. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan-perbadanan.

(1) Majlis bolehlah, dengan persetujuan DuIi Yang Maha Mulia Sultan, dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan suatu perbadanan dengan nama sebagaimana yang Majlis fikirkan sesuai, untuk menjalankan dan menjaga, mengelola, dan menguruskan apa-apa projek, skim, atau enterprais yang telah dirancang atau diusahakan oleh Majlis dalam melaksanakan kewajipan dan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 13.

(2) Majlis hendaklah, dengan persetujuan Duli Yang Maha Mulia Sultan, melalui perintah yang sama atau yang lain, membuat peruntukan-peruntukan mengenai sesuatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1), yang menggariskan-

(3) Peruntukan-peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.