ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 79. Bila cara melakukan kesalahan itu mesti dinyatakan.

Jika jenis kes itu berkeadaan bahawa butir-butir seperti yang tersebut di dalam seksyen 77 dan 78 tidak memberi pengetahuan yang mencukupi kepada orang yang dituduh mengenai perkara yang ianya dipertuduhkan, pertuduhan itu hendaklah juga mengandungi butir-butir berkenaan dengan cara mana kesalahan yang dikatakan itu telah dilakukan setakat mencukupi bagi tujuan tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.