ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 26. Permohonan cuti oleh Pengerusi dan ahli lain

(1) Jika Pengerusi menjangka dia akan tidak berada di Malaysia selama lebih daripada tiga puluh hari, dia hendaklah memohon cuti daripada Yang di-Pertua Negeri dan Yang di-Pertua Negeri boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2) Jika mana-mana ahli Majlis menjangka dia tidak akan berada di Malaysia selama Iebih daripada tiga puluh hari, dia hendaklah memohon cuti daripada Pengerusi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.