ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 1 - AM



Seksyen 147. Kewajipan mematuhi.

(1) Tiap-tiap orang yang diarahkan oleh mana-mana penghakiman supaya melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan hendaklah mematuhinya, dan tidaklah perlu disampaikan penghakiman itu atau apa-apa notis mengenainya kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen 136 (3).

(2) Madin penghakiman hendaklah, dari semasa ke semasa, memberitahu Mahkamah alamat tempat tinggalnya yang terkini dan kegagalan mematuhi kehendak subseksyen ini hendaklah disifatkan sebagai penghinaan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.