ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 108. Soalan lucah atau yang membawa aib.

Mahkamah boleh melarang apa-apa soalan atau pertanyaan yang disifatkan sebagai lucah atau yang membawa aib, walaupun ia mungkin ada kena mengena dengan soalan-soalan yang ada di hadapan Mahkamah, melainkan jika soalan atau pertanyaan itu berhubungan dengan fakta persoalan atau dengan perkara yang perlu diketahui untuk menentukan sama ada wujud atau tidak fakta persoalan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.