ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN, WARAN TANGKAP DAN LAIN-LAIN



Seksyen 166. Waran tangkap.

(1) Jika suatu perintah tangkap telah dibuat Pendaftar hendaklah mengeluarkan waran seperti dalam Borang 23.

(2) Sebelum waran yang dikeluarkan di bawah peruntukan seksyen ini dilaksanakan, pemiutang penghakiman hendaklah, kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya, mendepositkan dengan bailif sejumlah wang yang pada pendapat bailif cukup untuk membiayai kos membawa penghutang penghakiman ke Mahkamah dan menahannya dalam penjagaan sehingga kehadirannya di Mahkamah.

(3) Seorang bailif hendaklah memberi resit dan hendaklah mengakaunkannya di atas wang di deposit itu dan hendaklah mengembalikan kepada pendeposit apa-apa baki yang berlebihan selepas penghutang penghakiman itu dilepaskan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.