ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 147. Deposit perbelanjaan.

(1) Bailif tidaklah diwajibkan mengambil apa-apa tindakan dibawah, suatu perintah perlaksanaan sehingga pemiutang penghakiman mendeposit sehingga sejumlah wang yang mencukupi untuk membayar apa-apa perbelanjaan perlaksanaan termasuk perbelanjaan menyimpan apa-apa harta selama tempoh tidak lebih daripada 14 hari. Jika bailif terpaksa menyimpannya lebih daripada 14 hari ia boleh mengarahkan supaya deposit tambahan dibayar dan, jika deposit itu tidak dibayar ia boleh melepaskan harta itu.

(2) Bailif hendaklah menyimpan akaun semua wang yang didepositkan dan boleh membayar apa-apa jumlah yang mesti dibayar pada pemiutang penghakiman atau kepada Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.