ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 60. Mahkamah terbuka.

(1) Semua perbicaraan dalam Mahkamah Syariah hendaklah, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain dan subseksyen (2), terbuka kepada orang ramai.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah boleh memerintahkan keseluruhan atau mana-mana bahagian sesuatu prosiding diadakan dalam Mahkamah tertutup jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa perintah sedemikian adalah demi kepentingan keadilan atau kesopanan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.