ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal keterangan palsu dan kesalahan-kesalahan terhadap keadilan awam



Seksyen 92. Membinasakan dokumen bagi menghalang daripada dikemukakan sebagai keterangan.

Mana-mana orang yang merahsiakan atau membinasakan sesuatu dokumen yang ia boleh dengan sah di sisi undang-undang terpaksa mengemukakan sebagai keterangan di hadapan Mahkamah, atau dalam apa-apa prosiding yang diadakan dengan sah di sisi undang-undang di hadapan seseorang penjawat awam sebagai yang demikian, atau memadam atau menjadikan tidak boleh dibaca kesemua atau mana-mana bahagian dokumen itu dengan niat hendak menghalangnya daripada dikemukakan atau digunakan sebagai keterangan di hadapan Mahkamah atau di hadapan penjawat awam yang tersebut itu, atau setelah ia dengan sah di sisi undang-undang disaman atau dikehendakki mengemukakan dokumen itu bagi maksud itu, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.