ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - KEWANGAN
AKAUN



Seksyen 43. Penyata tahunan.

Majlis hendaklah menyimpan akaun keseluruhan dengan betul bagi Baitulmal dan hendaklah seberapa cepat yang mungkin selepas 31 haribulan Disember pada tiap-tiap tahun, mengeluar dan menerbitkan di dalam Warta satu penyata berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Majlis dalam tahun yang lepas, bersama-sama dengan satu Lembaran Imbangan Akaun Baitulmal sebagaimana pada 31 haribulan Disember, satu akaun pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun itu dan satu senarai harta-harta dan pelaburan Baitulmal yang menunjukkan harganya jika dibeli, dan anggaran nilai harga pada 31 haribulan Disember.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.