ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 132. Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah.

(1) Raja, dengan nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah untuk mengawal amalan dan prosedur dalam semua prosiding hal ehwal suami-isteri di bawah Enakmen ini mengikut sebagaimana yang difikirkannya bermanfaat dan kaedah-kaedah untuk menetap dan mengawal fee dan kos yang kena dibayar dalam semua prosiding itu; tertakluk kepadanya itu, semua prosiding di bawah Enakmen ini hendaklah dikawal oleh amalan dan prosedur Mahkamah yang ditetapkan oleh Enakmen Pentadbiran, setakat mana amalan dan prosedur itu tidak berlawanan dengan Enakmen ini.

(2) Mengenai perkara amalan dan prosedur dalam prosiding hal ehwal suami-isteri yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini atau dalam apa-apa kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini atau dalam Enakmen Pentadbiran, Mahkamah boleh memakai apa-apa amalan dan prosedur yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan dan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak berkenaan.

(3) Raja, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, membuat kaedah-kaedah bagi maksud-maksud Enakmen ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut itu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan-peruntukan bagi-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.