ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999
BAHAGIAN XXII - WANG DAN HARTA DALAM MAHKAMAH
Seksyen 214. Notis kepada orang yang berhak.
Jika wang dibayar ke dalam Mahkamah untuk kredit mana-mana orang, orang yang membayar itu hendaklah dengan segera memberikan notis mengenai pembayaran itu kepada orang yang untuk kreditnya wang itu dibayar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.