ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VII
BAB XXIX - PERKARA AM



Seksyen 233. Pampasan di mana tuduhan tidak berasas.

Jika mana-mana orang menyebabkan Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis menangkap seseorang lain, dan Hakim yang boleh membicarakan kes itu berpendapat bahawa tidak ada alasan yang mencukupi yang boleh menyebabkan orang itu ditangkap, Hakim boleh memberi apa-apa pampasan, tidak melebihi lima ratus ringgit, yang akan dibayar oleh orang yang menyebabkan penangkapan itu kepada tiap-tiap orang yang ditangkap untuk kehilangan masa dan lain-lain perbelanjaan yang dialami olehnya sebagaimana boleh difikirkan patut oleh Hakim.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.