ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN, WARAN TANGKAP DAN LAIN-LAIN



Seksyen 170. Tangkapan sebelum penghakiman.

(1) Tiap-tiap permohonan tangkap sebelum penghakiman hendaklah dibuat secara sebelah pihak dalam kamar dan keterangan untuk menyokongnya hendaklah dibuat melalui afidavit.

(2) Suatu perintah tangkap di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam Borang 26A dan hendaklah dicatat dengan alamat penyampaian plaintif.

(3) Perintah itu hendaklah diserahkan kepada bailif bersama dengan salinan semua afidavit yang digunakan dalam permohonan itu, dan afidavit itu hendaklah diserahkan kepada defendan bersama dengan perintah.

(4) Sebelum penangkapan dibuat mengikut perintah yang dibuat di bawah seksyen ini, plaintif hendaklah, kecuali Mahkamah memeritah sebaliknya, mendeposit dengan bailif untuk membiayai perbelanjaan menahan penghutang penghakiman dalam penjagaan sehingga kehadirannya di Mahkamah dan seksyen 166 dan 168 hendaklah dipakai dengan pindaan-pindaan perlu mengenai apa-apa jumlah wang yang telah didepositkan di bawah seksyen ini.

(5) Cagaran yang hendak diberikan oleh defendan bolehlah diberi-


(6) Mana-mana penjamin yang dicadangkan boleh jika plaintif menghendaki, dipanggil untuk membuktikan kemampuannya.

(7) Apabila cagaran telah diberi seperti yang diperintahkan pendaftar hendaklah memberi satu perakuan kepada bailif, dan pengemukaan perakuan itu hendaklah menjadi suatu kuasa yang cukup bagi melepaskan defendan dari penjagaan.

(8) Wang jaminan dan semua prosiding mengenainya hendaklah tertakluk kepada perintah dan kawalan Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.