ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996
BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 117. Menggunakan sebagai keterangan dokumen yang enggan dikemukakan setelah notis diberi.
Apabila suatu pihak enggan mengemukakan sesuatu dokumen yang dia telah diberi notis supaya mengemukakannya, dia tidak boleh kemudiannya menggunakan dokumen itu sebagai keterangan tanpa persetujuan pihak yang satu lagi itu atau tanpa perintah mahkamah.
MISALAN
A
mendakwa
B
atas suatu perjanjian, dan memberikan
B
notis supaya mengemukakannnya; pada perbicaraan itu
A
meminta dokumen itu, dan
B
enggan mengemukannya.
A
memberikan keterangan sekunder mengenai kandungannya.
B
bercadang hendak mengemukakan dokumen itu sendiri bagi menyangkal keterangan sekunder yang diberi oleh
A
itu, atau bagi menunjukkan bahawa perjanjian itu tidak bersetem. Dia tidak boleh berbuat demikian.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.