ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996
BAHAGIAN XXI - KUASA HAKIM DAN PENDAFTAR
Seksyen 208. Kuasa Pendaftar.
Dalam Mahkamah di mana dia dilantik, Pendaftar dalam Kamar boleh-
(a)
menangguhkan mana-mana prosiding;
(b)
menetapkan tarikh perbicaraan mana-mana prosiding;
(c)
mentadbirkan ikrar dan menerima bon;
(d)
apabila cagaran diperintahkan supaya diberi, menentukan ia mencukupi;
(e)
dengan persetujuan semua pihak, memerintahkan penyatuan mana-mana prosiding; dan
(f)
menjalankan apa-apa tugas lain yang diperuntukkan di bawah Enakmen ini atau apa-apa arahan Hakim.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.