ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN V - MASJID



Seksyen 175. Kekosongan jawatan Ketua Imam, Imam, Khatib, atau Bilal.

(1) Apabila berlaku kekosongan dalam jawatan Ketua Imam, Imam, Khatib atau Bilal bagi mana-mana masjid, selain daripada jawatan dalam perkhidmatan awam Negeri, Pesuruhjaya hendaklah mengambil langkah untuk mendapatkan yang layak selepas berunding dengan Jawatankuasa Fatwa untuk mengisi kekosongan itu.

(2) Jika kekosongan itu ialah bagi masjid di mana sembahyang Jumaat boleh diadakan, Pesuruhjaya hendaklah kemudiannya menyembahkan nama calon bagi mengisi jawatan yang kosong itu, kecuali jawatan Khatib atau Bilal, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk perlantikan bagi memenuhi jawatan kosong itu.

(3) Jika kekosongan itu ialah dalam jawatan Khatib atau Bilal bagi mana-mana masjid, atau bagi masjid selain daripada masjid di mana sembahyang Jumaat boleh diadakan, Pesuruhjaya bolehlah melantik seseorang yang layak untuk mengisi kekosongan itu dan bolehlah pula pada bila-bila masa membatalkan perlantikan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.