ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 55. Penerimaan salinan maklumat yang diakui sah sebagai keterangan.

Dalam mana-mana prosiding di bawah Enakmen ini, satu salinan Borang 5 yang mengandungi maklumat yang dibuat atau diturunkan dalam tulisan di bawah peruntukan seksyen 54, dan yang dikatakan telah disahkan menjadi satu salinan yang sebenarnya oleh seorang Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah diterima sebagai keterangan mengenai kandungan salinan asal itu mengenai waktu, tempat dan bagaimana maklumat itu telah direkodkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.