ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 7. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang dijustifikasikan, atau oleh kerana silapfaham fakta percaya dirinya dijustifikasikan oleh undang-undang.

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang dijustifikasi oleh undang-undang pada melakukannya, atau oleh kerana silapfaham fakta dan bukannya oleh kerana silapfaham undang-undang dengan suci hati percaya dirinya sebagai dijustifikasikan oleh undang-undang melakukannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.