ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004


JADUAL KETIGA - BORANG MS 37.
BORANG MS 37

ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

(Perenggan 161 (2)(a))

NOTIS HIWALAH

(Tajuk Am)

Atas perintah pelaksanaan bertarikh..............................haribulan................................20..............

Diperintah bahawa segala hutang yang kena dibayar atau terakru kena dibayar oleh muhal a'laih yang dinamakan di atas kepada penghutang penghakiman yang dinamakan di atas (dalam jumlah wang sebanyak RM ............................) hendaklah ditahan untuk menjawab penghakiman yang didapatkan terhadap penghutang penghakiman tersebut oleh pemiutang penghakiman yang dinamakan di atas di Mahkamah ................................................ Syariah pada ........................... haribulan .................... 20................ untuk jumlah wang (atau untuk menjawab suatu perintah yang dibuat di Mahkamah ........ Syariah pada ............... haribulan .................................... 20 ................ .yang memerintahkan pembayaran oleh penghutang penghakiman tersebut kepada pemiutang penghakiman yang dinamakan di atas jumlah wang) sebanyak RM .............................(hutang dan kos RM .......................) (beserta dengan kos bagi prosiding hiwalah) yang atas penghakiman (atau perintah) itu jumlah wang sebanyak RM ....................... masih lagi terhutang dan belum dibayar.

Ambil perhatian juga bahawa segala transaksi pelupusan atau pelepasan yang dibuat selepas penyampaian notis ini adalah tak sah dan anda boleh dikenakan membayar ganti rugi dan kos kepada pemiutang penghakiman.

Jika anda mempertikaikan tanggungan anda di bawah notis ini, anda hendaklah dalam masa tujuh hari dari tarikh penyampaian notis ini memfailkan suatu notis bantahan tentang tanggungan di bawah notis ini kepada Mahkamah.

Bertarikh ...................................... haribulan ................................................ 20 ..............................
(Meterai)


................................
Hakim/Pendaftar

Kepada muhal a'laih dan pemiutang penghakiman yang dinamakan di atas.

Notis Bantahan

Ambil perhatian bahawa saya ....................................................................... muhal a'laih yang dinamakan di atas dengan ini membantah tanggungan yang dikenakan ke atas saya melalui notis ini atas alasan-alasan yang berikut:

..................................................
Muhal a'laih (atau Peguam
Syarie bagi Muhal a'laih)
Notis ini difailkan oleh muhal a'laih (atau Peguam Syarie bagi muhal a'laih) yang alamat penyampaiannya ialah ...................................................................................................................





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.