ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996
BAHAGIAN 2 - PEMBUKTIAN
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Seksyen 49. Keterangan primer.
Keterangan primer ertinya dokumen itu sendiri yang dikemukakan untuk pemeriksaan mahkamah.
Huraian
1
-Jika sesuatu dokumen disempurnakan dalam beberapa bahagian, maka setiap bahagian itu adalah keterangan primer bagi dokumen itu.
Jika sesuatu dokumen disempurnakan dalam kaunterpart dan setiap kaunterpart itu disempurnakan oleh satu atau beberapa pihak sahaja, maka setiap kaunterpart itu adalah keterangan primer terhadap pihak yang menyempurnakannya.
Huraian
2
-Jika sebilangan dokumen semuanya dibuat melalui satu proses yang seragam, seperti dalam hal percetakan, litografi, atau fotografi, maka setiap dokumen itu adalah keterangan primer bagi kandungan semua yang lainnya itu, tetapi jika dokumen itu semuanya salinan daripada dokumen asal yang sama, maka dokumen itu bukanlah keterangan primer mengenai kandungan dokumen asal itu.
Huraian
3
-Sesuatu dokumen yang dikeluarkan oleh komputer adalah keterangan primer.
MISALAN
Seseorang dibuktikan telah memiliki beberapa plakad, kesemua dicetak sekaligus daripada dokumen asal.
Mana-mana satu daripada plakad itu adalah keterangan primer mengenai kandungan mana-mana plakad yang lain itu, tetapi tiada satu pun daripadanya menjadi keterangan primer bagi kandungan dokumen asal itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.