ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV
Waran Tangkap



Seksyen 34. Memberitahu tentang isi kandungan penting waran.

Seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis atau orang lain yang melaksanakan waran tangkap hendaklah memberitahu maklumat yang terkandung di dalamnya kepada orang yang ditangkap dan jika dikehendaki hendaklah mengemukakan dan menunjukkan kepadanya waran itu atau salinannya yang bermeterai Mahkamah yang mengeluarkan waran itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.