ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 13. Kuasa pengawasan dan penyemakan Jawatankuasa Ulang Bicara.

(1) Selain daripada kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh Enakmen ini atau mana-mana Undang-undang bertulis lain, Jawatankuasa Ulang Bicara hendaklah mempunyai bidang kuasa keseluruhan bagi pengawasan dan penyemakan di atas semua Mahkamah Kadi Besar dan Mahkamah Kadi dan bolehlah khususnya, jika didapati diperlukan oleh kepentingan keadilan, sama ada atas usulnya sendiri atau kehendak mana-mana pihak atau orang berkepentingan, di mana-mana peringkat di dalam mana-mana perkara atau tindakan sama ada Sivil atau Jenayah, di dalam mana-mana Mahkamah Kadi Besar atau Mahkamah Kadi, memanggil dan memeriksa mana-mana catatan berkenaan perkara atau tindakan tersebut dan bolehlah memberi apa-apa perintah yang dikehendaki oleh keadilan.

(2) Apabila Jawatankuasa Ulang Bicara memanggil catatan yang tersebut itu semua tindakan di Mahkamah Kadi Besar atau Mahkamah Kadi menurut mana yang berkenaan di dalam perkara atau tindakan berkenaan hendaklah dihentikan sehingga Jawatankuasa Ulang Bicara membuat keputusan atau mengeluarkan perintahnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.