ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN II - PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN PENUBUHAN MAJLIS



Seksyen 11. Prosedur Majlis.

(1) Korum Majlis ialah tujuh orang.

(2) Di dalam persidangan Majlis hendaklah Yang Dipertua, jika dia hadir, mempengerusikannya, tetapi jika Yang Dipertua tidak hadir dan ahli-ahli yang hadir di dalam mana-mana persidangan tidak memilih salah seorang daripada mereka supaya mempengerusikan persidangan itu, maka persidangan itu hendaklah disifatkan ditunda.

(3) Semua persoalan yang berbangkit atau dibawa di dalam persidangan Majlis hendaklah diputuskan dengan suara terbanyak ahli-ahli yang hadir dan mengundi mengenainya di dalam persidangan itu dan, jika jumlah undi menjadi sama banyak, pengerusi persidangan itu berhak mempunyai undi kedua atau undi pemutus.

(4) Setiausaha berhak menghadiri semua mesyuarat Majlis dan berucap, tetapi tidak boleh mengundi, mengenai apa-apa perkara yang diperbincangkan di dalam mana-mana persidangan Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.