ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 7 - SAKSI



Seksyen 87. Cara memberi keterangan.

(1) Dalam kes mal keterangan hendaklah diberi oleh plaintif dan defendan. Defendan yang ingkar hendaklah diminta bersumpah mengikut Hukum Syara'.

(2) (a) Apabila sumpah dibuat oleh defendan, tuntutan plaintif tertolak secara mutlak.

(b) Jika defendan enggan bersumpah maka Mahkamah bolehlah meminta plaintif supaya bersumpah dan apabila sumpah dibuat maka tuntutannya hendaklah diterima.

(3) Di dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberi bagi pihak pendakwa dan bagi pihak tertuduh kecuali jika tertuduh mengaku salah.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.