ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986
BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Seksyen 35. Apil kepada Mahkamah Apil Syar'iah.
(1) Sesuatu apil bolehlah dibuat kepada Mahkamah Apil Syar'iah dari mana-mana keputusan Mahkamah Tinggi Syar'iah, sama ada dalam menjalankan bidangkuasa apilnya atau bidangkuasa asalnya, oleh mana-mana orang yang terkilan oleh keputusan itu.
(2) Apil hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti ahli-ahli Mahkamah Apil Syar'iah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.