ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 193. Perbuatan-perbuatan sumbang.

(1) Mana-mana orang lelaki yang didapati bersekediaman atau bersekedudukan, atau berkurung atau bersembunyi, atau bercumbu-cumbuan, di mana-mana tempat dan dalam keadaan yang mendatangkan syak, dengan mana-mana perempuan yang tertegah di atasnya bernikah menurut Hukum Syara' kerana keturunan, persemendaan, atau susuan, adalah melakukan kesalahan sumbang, dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang perempuan yang didapati bersekediaman atau bersekedudukan, atau berkurung atau bersembunyi, atau bercumbu-cumbuan, di mana-mana tempat dan dalam keadaan yang mendatangkan syak, dengan mana-mana lelaki yang tertegah di atasnya bernikah menurut Hukum Syara' kerana keturunan, persemendaan, atau susuan, adalah melakukan kesalahan sumbang dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(3) Peruntukan-peruntukan seksyen 192(3) hendaklah dipakai, dengan ubahsuaian yang perlu, bagi kesalahan di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.