ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2 - PERINTAH INTERIM



Seksyen 204. Penjualan harta mudah musnah, dsb.

Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana kausa atau perkara, membuat suatu perintah bagi penjualan oleh mana-mana orang, mengikut apa-apa cara dan atas apa-apa terma, jika ada, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu mana-mana harta alih yang menjadi hal perkara kausa atau perkara itu atau yang mengenainya apa-apa soalan mungkin berbangkit dalamnya dan mungkin merosot jika disimpan atau yang bagi apa-apa sebab baik yang lain adalah wajar dijualkan dengan serta-merta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.