ENAKMEN 3 TAHUN 1996
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN VII - KECUALIAN AM
Seksyen 52. Perbuatan seseorang yang tak sempurna akal.
(1) Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang pada masa melakukan perbuatan itu, oleh sebab ketaksempurnaan akalnya, tak berupaya mengetahui sifat sebenar perbuatan itu, atau bahawa apa yang dilakukannya adalah salah atau berlawanan dengan undang-undang.
(2) Bagi maksud seksyen ini, jika seseorang berada dalam keadaan mabuk pada masa perbuatan atau ketinggalan yang diadukan itu dan -
(a) keadaan mabuk adalah sedemikian rupa sehingga dia tidak tahu bahawa perbuatan atau ketinggalan itu adalah salah atau dia tidak tahu apa yang dilakukannya, dan
(b) keadaan mabuk itu telah terjadi tanpa persetujuannya dan akibat perbuatan niat jahat atau kecuaian seorang yang lain,
maka dia hendaklah disifatkan sebagai orang yang tak sempurna akal.
(3) Dalam seksyen ini, "mabuk" hendaklah disifatkan termasuk keadaan yang dihasilkan oleh dadah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.