ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 103. Prosedur Mahkamah sekiranya soalan ditanya tanpa alasan-alasan yang munasabah.
Jika Mahkamah berpendapat bahawa sesuatu soalan seperti yang tersebut dalam seksyen 101 telah ditanya tanpa alasan-alasan yang munasabah, maka Mahkamah boleh, jika soalan itu telah ditanya oleh seorang
Peguam Syarie,
melaporkan hal keadaan kes itu kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang atau pihak berkuasa lain yang kepadanya
Peguam Syarie
itu tertakluk dalam menjalankan profesionnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.