ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XX - PEMBAHAGIAN KADAR



Seksyen 163. Acara mendapat perintah tahanan kemudian, dll.

(1) Apa-apa harta yang ditahan melalui perintah perlaksanaan oleh mana-mana Mahkamah sama ada telah diambil dan diletak di dalam jagaannya atau tidak hendaklah dianggap sebagai telah dirampas oleh Mahkamah dan hendaklah seterusnya tidak boleh dirampas oleh orang lain tetapi apa-apa perintah atau waran tahanan atau rampasan kemudiannya atas harta yang sama oleh Mahkamah itu atau Mahkamah lain, sama ada di tempat itu atau di tempat lain, satu salinan sah perintah tersebut boleh diserah kepada bailif yang merampas harta itu dan perintah itu hendaklah berkuatkuasa sebagai suatu tahanan bagi maksud Bahagian ini.

(2) Jika sesuatu harta itu tidak boleh diambil untuk penjagaan bailif atau mana-mana pegawai Mahkamah, mana-mana perintah tegahan atau dokumen yang sama bagi maksud melindungi kepentingan mana-mana pemiutang kemudiannya bolehlah diserahkan atau didaftarkan dan hendaklah berkuatkuasa menurut sub-seksyen (1).

(3) Jika harta itu dilepaskan daripada perintah tahanan terdahulu ia hendaklah dianggap sebagai telah ditahan dan dirampas di bawah perintah atau waran kemudiannya.

(4) Jika harta itu kekal di bawah perintah tahanan terdahulu dan tiada suatu perintah penjualan mengenainya telah dibuat dua bulan selepas tahanan, harta itu hendaklah disifatkan sebagai telah dilepas daripada tahanan terdahulu dan sub-seksyen (3) hendaklah dipakai.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.