ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 172. Laporan-laporan orang-orang yang tertentu.

(1) Mana-mana dokumen yang dikatakan sebagai laporan yang dibuat di bawah tandatangan mana-mana orang yang disebut di dalam sub-seksyen (2) seksyen ini ke atas mana-mana orang, perkara atau benda yang telah diperiksa atau dianalisakan, olehnya atau mana-mana dokumen yang dikatakan sebagai laporan dibuat di bawah tandatangan Pendaftar Jenayah di atas mana-mana perkara atau benda yang berhubung dengan cap jari yang telah diserahkan kepadanya untuk dibuat laporan dikatakan sebagai laporannya dibuat dibawah tandatangan Pendaftar Jenayah di atas mana-mana perkara atau benda yang berhubung dengan cap jari yang telah diserahkan kepadanya untuk dibuat laporannya boleh diberi sebagai keterangan di dalam mana-mana pembicaraan atau tindakan lain di bawah Enakmen ini kecuali jika orang tersebut atau Pendaftar itu dikehendaki hadir sebagai seorang saksi-
Dengan syarat bahawa di dalam mana-mana kes di mana Pendakwa berniat memberi keterangan mana-mana laporan tersebut itu hendaklah menghantarkan satu salinan laporan itu kepada orang yang dituduh tidak kurang dari sepuluh hari genap sebelum pembicaraan dimulakan.

(2) Berikut adalah orang-orang kepada siapa peruntukan seksyen ini dipakai-

(3) Orang-orang yang dirujukkan di dalam sub-seksyen (2) dalam seksyen ini dan Pendaftar Jenayah adalah di bawah Enakmen ini terikat menyatakan yang benar di dalam laporan-laporan yang dibuat di bawah tandatangan mereka.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.