ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 93. Pemeriksaan terbuka.
(1) Hakim Syariah bolehlah menjalankan pemeriksaan kali kedua ke atas saksi secara terbuka, walaupun saksi tersebut telah diperiksa dan didapati adil atau boleh diterima keterangannya.
(2) Pemeriksaan secara terbuka dilakukan dengan cara berikut-
(a)
saksi dibawa ke hadapan Hakim Syariah pada masa kehadiran pihak dalam guaman dan diperiksa oleh pemeriksa; atau
(b)
saksi dan pihak dalam guaman dihantar ke tempat pemeriksa dan di situ saksi itu diperiksa.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.