ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Kaedah-kaedah Lain mengenai Saman untuk Hadir dan Waran Tangkap



Seksyen 41. Penangkapan atas pelanggaran bon kehadiran.

Apabila mana-mana orang terikat dengan mana-mana bon yang diambil di bawah Enakmen ini untuk hadir di hadapan Mahkamah tidak hadir, Mahkamah tersebut bolehlah mengeluarkan waran mengarahkan orang tersebut ditangkap dan dibawa ke hadapannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.