ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 2004

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa



Seksyen 25. Rekod dan Akaun.

(1) Mahkamah Syariah hendaklah menyimpan dan menjaga rekod yang lengkap dan betul berkenaan dengan segala tindakan atau perbicaraan di hadapannya mengikut cara yang diperuntukkan oleh Enakmen ini.

(2) Mahkamah Syariah hendaklah menyimpan dan menyenggara akaun yang lengkap dan betul mengenai segala urusan kewangan Mahkamah Syariah dan hendaklah mengakaunkan segala wang yang diterima mengikut cara yang diperuntukkan oleh Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.