ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN X - ACARA DALAM PEMBICARAAN JENAYAH



Seksyen 208. Amaran dan jaminan.


(1) Walau apa pun mana-mana kuasa-kuasa yang lain dalam Enakmen ini untuk menghukum seseorang yang salah ke atas sesuatu kesalahan, Mahkamah adalah diberi kuasa-kuasa mengikut seksyen ini.

(2) Apabila seseorang yang dituduh didapati salah di atas sesuatu kesalahan, tetapi memandangkan kepada kelakuannya, latar belakang, umur, kesihatan, badan atau kesihatan otaknya atau oleh kerana kecilnya kesalahan itu atau hal-hal merengankan dalamana kesalahan itu dilakukan maka Mahkamah bolehlah mambuat arahan-arahan seperti berikut jika difikirkan wajar -





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.