ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 109. Soalan-soalan yang boleh menyokong keterangan mengenai fakta relevan boleh diterima.

Apabila seseorang saksi yang dicadang hendak disokong memberi keterangan mengenai sesuatu fakta tidak relevan, maka dia bolehlah disoal tentang apa-apa hal keadaan lain yang ada dilihatnya pada atau dekat dengan waktu atau tempat yang fakta relevan itu telah berlaku, jika Mahkamah berpendapat bahawa hal keadaan itu, jika dibuktikan, akan menyokong keterangan saksi itu tentang fakta relevan yang diterangkannya itu.

MISALAN

A seseorang rakan sejenayah, menceritakan hal suatu kesalahan yang dia telah mengambil bahagian. Dia menceritakan berbagai-bagai kejadian, yang tidak berhubung dengan kesalahan itu, yang telah berlaku dalam perjalanannya ke tempat dan dari tempat ianya itu telah dilakukan.

Keterangan bebas mengenai fakta-fakta ini boleh diberi bagi menyokong keterangan rakan sejenayah itu tentang kesalahan itu sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.