ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN V - PUNGUTAN KHAIRAT



Seksyen 67. Pungutan khairat.

(1) Majlis bolehlah memungut atau memberikan surat kebenaran dengan terma-terma yang difikirkannya patut kepada mana-mana orang atau kumpulan orang itu membenarkannya atau mereka memunggut, wang-wang atau sumbangan-sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak.

(2) Maka hendaklah disifatkan sebagai suatu terma tiap-tiap surat kebenaran itu bahawa penerima kebenaran itu dan tiap-tiap orang lain yang dibenarkan melaluinya untuk memungut wang-wang atau sumbangan lain hendaklah-

(3) Wang-wang yang dipungut menurut seksyen ini bolehlah digunakan bagi apa-apa maksud yang dinyatakan oleh Majlis dan jika tiada maksud dinyatakan sedemikian hendaklah menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.

(4) Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang bagi apa-apa maksud seperti yang disebut terdahulu itu kecuali dengan kuasa nyata daripada Majlis atau menurut kuasa surat kebenaran di bawah subseksyen (1).

(5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.