ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM BERKENAAN DENGAN PERBICARAAN



Seksyen 106. Penukaran Hakim dalam masa penyiasatan atau perbicaraan.

Jika mana-mana Hakim, selepas mendengar dan mencatatkan keseluruhan atau mana-mana bahagian keterangan di dalam suatu perbicaraan terhenti menjalankan perbicaraan itu dan diganti oleh Hakim lain yang mempunyai bidangkuasa, maka Hakim yang menggantikannya itu bolehlah menggunakan keterangan yang dicatatkan oleh Hakim yang dahulu atau sebahagian keterangan yang dicatatkan oleh Hakim yang dahulu itu dan sebahagiannya dicatatkan olehnya sendiri, atau bolehlah dia memanggil semula saksi-saksi dan memulakan semula penyiasatan atau perbicaraan itu.

Dengan syarat:




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.