ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 16. Memanggil mesyuarat.


(1) Semua mesyuarat Majlis hendaklah dipanggil oleh Setiausaha.

(2) Pengerusi boleh pada bila-bila masa mengarahkan Setiausaha memanggil mesyuarat.

(3) Mana-mana empat orang ahli Majlis boleh pada bila-bila masa secara bertulis mengkehendaki Setiausaha memanggil mesyuarat Majlis dengan syarat mereka memberitahu Setiausaha tujuan mesyuarat itu dipanggil.

(4) Setiausaha hendaklah dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh terima arahan atau kehendak di bawah subseksyen (2) atau (3), serta-merta sebaik sahaja menerima arahan atau kehendak tersebut memanggil mesyuarat.

(5) Sekurang-kurangnya tujuh hari notis bertulis hendaklah diberi mengenai mana-mana mesyuarat, tetapi Pengerusi bolehlah, jika pada pendapatnya ada keperluan mendesak untuk memanggil suatu mesyuarat dengan notis yang lebih pendek, mengarahkan kehendak notis tujuh hari itu tidak perlu diikuti.

(6) Notis mesyuarat boleh dihantar melalui pos kepada ahli yang dialamatkan kepada alamat tempat tinggalnya yang terakhir diketahui dan hendaklah dianggap telah diserahkan dengan cara pos.

(7) Tiada notis mesyuarat diperlukan untuk ahli yang pada masa itu sedang berada di luar negeri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.