ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 266. Pemansuhan.

(1) Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Enakmen ini adalah dengan ini dimansuhkan setakat mana yang dinyatakan dalam Jadual:

Dengan syarat bahawa segala prosiding yang telah dimulakan di bawah Enakmen-enakmen yang dengan ini dimansuhkan itu adalah masih lagi berterusan seolah-olah Enakmen ini tidak diluluskan.

(2) Pemansuhan ini tidak menyentuh perjalanan dahulu Enakmen yang dimansuhkan atau apa-apa perkara yang telah dilakukan atau ditanggung di bawahnya atau apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau tanggungan yang diperolehi, terkumpul atau berlaku di bawahnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.