ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IV - HUKUMAN DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 41. Bukti.

Tiap-tiap Daftar Perkahwinan yang disimpan oleh Ketua Pendaftar atau Pendaftar di bawah Enakmen ini dan sesuatu salinan apa-apa catatan di dalamnya, yang diperakui dengan tandatangan dan meterai jawatannya sebagai suatu salinan atau cabutan yang benar, adalah menjadi keterangan prima facie dalam semua mahkamah dan tribunal mengenai tarikh-tarikh dan perbuatan-perbuatan yang terkandung atau dinyatakan dalam Daftar Perkahwinan, salinan, atau cabutan itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.