BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN BAB 3 PELAKSANAAN
Wang, kumpulan wang yang dilaburkan, atau harta lain penghutang penghakiman dalam atau di bawah kawalan Mahkamah yang memberikan penghakiman itu boleh, jika suatu perintah bagi pelaksanaan telah dibuat, digunakan dengan kebenaran Mahkamah untuk menunaikan hutang penghakiman itu, dan pelaburan serta harta selain wang boleh diperintahkan supaya dijual untuk tujuan itu.