ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Kaedah-kaedah Lain mengenai Saman untuk Hadir dan Waran Tangkap



Seksyen 39. Saman untuk kehadiran dan waran tangkap boleh dilaksanakan di mana-mana bahagian di Malaysia.

(1) Saman untuk hadir atau waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah atau Hakim boleh disampaikan atau dilaksanakan di mana-mana bahagian di Malaysia:

Dengan syarat bahawa tiada saman sedemikian boleh disampaikan di luar Negeri kecuali saman itu dicatatkan oleh Mahkamah atau Hakim tersebut dengan perkataan "
Untuk Penyampaian di luar bidangkuasa".

(2) Tiada saman sedemikian boleh dicatatkan oleh Mahkamah atau Hakim yang mengeluarkan dengan perkataan "
Untuk penyampaian di luar bidangkuasa" kecuali Mahkamah atau Hakim telah berpuashati bahawa terdapat alasan-alasan khas untuk membenarkan penyampaian yang demikian itu yang mana alasan hendaklah direkodkan sebelum saman itu dicatatkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.