ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XXIV - PELBAGAI



Seksyen 228. Memanjang atau memendekkan masa.

(1) Mahkamah boleh melanjutkan atau memendekkan tempoh masa yang ditetapkan bagi melakukan sesuatu perbuatan, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan adil, bagi mana-mana orang yang dikehendaki atau dibenarkan di bawah Enakmen ini, atau di bawah apa-apa penghakiman, perintah atau arahan Mahkamah untuk melakukan apa-apa perbuatan dalam mana-mana prosiding.

(2) Mahkamah boleh melanjutkan tempoh rnasa yang ditetapkan dalam subseksyen (1) walaupun tempoh masa asal yang ditetapkan itu telah tamat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.