ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang Dan Harta



Seksyen 89. Orang yang berhak kepada penjagaan.

(1) Sungguhpun hak terhadap hadhanah atau jagaan anak mungkin terletak pada seseorang lain, bapa ialah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu-
dengan syarat bahawa dia ialah seorang Islam, seorang dewasa, adalah siuman, dan boleh dipercayai. (2) Bapa hendaklah, pada setiap masa, sentiasa mempunyai kuasa paling luas untuk membuat melalui wasiat apa-apa perkiraan yang difikirkannya baik sekali berhubung dengan penjagaan anak-anaknya yang masih kanak-kanak dan berhubung dengan hal memperlindungi kepentingan-kepentingan mereka, dengan syarat bahawa dia adalah siuman sepenuhnya.

(3) Subseksyen (1) tidaklah terpakai jika terma-terma dan syarat-syarat bagi surat cara yang meletak hak harta pada kanak-kanak itu dengan nyata tidak membenarkan orang yang disebut dalamnya daripada menjalankan apaapa penjagaan ke atas harta itu, dan dalam hal yang demikian Mahkamah hendaklah melantik seorang penjaga bagi harta kanak-kanak.

(4) Bagi maksud-maksud penjagaan ke atas diri dan harta, seseorang hendaklah disifatkan sebagai kanak-kanak melainkan jika dia telah genap umur lapan belas tahun.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.