ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 61. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan nafkah bagi seseorang tertentu

Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang bertanggungan tentang hal itu mengikut Hukum Syarak supaya membayar nafkah kepada seseorang yang lain jika dia tak upaya, sepenuhnya atau sebahagiannya, daripada mencari kehidupan oleh sebab kerosakan mental atau jasmani atau tidak sihat dan Mahkamah berpuas hati bahawa memandang kepada kemampuan orang yang pertama tersebut itu adalah munasabah memerintahkan sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.