ENAKMEN 2 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MELAKA 1988

BAHAGIAN III - JEMAAH PENGURUSAN



Seksyen 6. Jemaah Pengurusan adalah tertakluk kepada kawalan Pendaftar

(1) Jika Pendaftar berpendapat bahawa mana-mana orang yang telah dicadangkan untuk menjadi anggota Jemaah itu, bukanlah seorang yang layak dan patut maka dia boleh menolak orang itu daripada menjadi anggota Jemaah dan Jemaah hendaklah, atas penolakan sedemikian itu oleh Pendaftar, mencadangkan seorang lain untuk menggantikannnya menjadi anggota Jemaah itu sekiranya gagal Pendaftar boleh melantik seorang lain untuk menjadi ahli Jemaah.

(2) Jika Pendaftar berpendapat bahawa seseorang anggota Jemaah Pengurusan bukanlah seorang yang layak dan patut maka dia hendaklah mengarah Jemaah Pengurusan supaya memberhentikan anggota itu dan apabila menerima arahan Lembaga hendaklah mengambil langkah yang perlu untuk memberhenti dan menggantikan anggota itu.

(3) Jika Jemaah Pengurusan gagal atau enggan mematuhi arahan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah subseksyen (2) maka Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk memberhentikan anggota itu dan melantik mana-mana orang lain untuk menggantikan anggota itu.

(4) Mana-mana orang yang berhenti atau diberhentikan daripada menjadi anggota Jemaah hendaklah segera menyerahkan segala harta, barang berharga, dokumen an apa-apa perkara lain kepunyaan Sekolah Agama kepada anggota-anggota Jemaah yang ada sekarang.

(5) Jika mana-mana orang yang telah berhenti atau diberhentikan daripada menjadi anggota Jemaah-
maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit, dan dalam hal suatu kesalahan di bawah perengggan (b), denda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.