ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN III - SUBAHAT



Seksyen 38. Seksaan bagi subahat jika orang yang disubahati itu melakukan perbuatan dengan niat yang lain daripada niat pensubahat.

Barang siapa menyubahati sesuatu kesalahan dilakukan hendaklah, jika orang yang disubahati itu melakukan perbuatan itu dengan niat atau pengetahuan yang lain daripada niat atau pengetahuan penubahat itu, diseksa dengan seksaan yang diperuntukkan bagi kesalahan yang mungkin berlaku sekiranya perbuatan itu telah dilakukan dengan niat atau pengetahuan pensubahat itu tetapi tidak dengan apa-apa niat atau pengetahuan lain.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.